Wednesday, September 9, 2009

Artikel Majalah Sekolah..

kiteorg kene wat article for majalah sekolah..
suka hati tajuk ape2..so aku wat tajuk tuisyen...hahaha
first time ni wat artikel for majalah sekolah...
*selalu bg idea je*
so sape yang warga smk putrajaya presint 16(1), tunggulah artikel ni kuar kat majalah sekolah..
hahaha
*Ade ambik abg rais punye quotes* hahaha

Tuisyen

Zaman Sekarang, para pelajar diberi pelbagai kemudahan untuk

belajar ataupun mengulang kaji pelajaran, iaitu dengan adanya kelas-kelas tuisyen.

Namun terdapat 2 jenis kaedah tuisyen yang ada pada masa kini iaitu tuisyen secara berkelompok atau tuisyen secara berseorangan. Justeru, ia menimbulkan pelbagai tanda soal kepada masyarakat yang mana satu lagi berkesan kepada anak-anak mereka. Pada pendapat saya, tuisyen secara berseorangan lebih berkesan berbanding dengan

tuisyen secara berkelompok.

Faktor yang pertama ialah, sekiranya kita tuisyen secara berseorangan guru yang mengajar

kita itu dapat memberikan perhatian yang sepenuhnya kepada pelajar berbanding dengan

tuisyen secara berkelompok. Ia kerana tuisyen secara berkelompok mempunyai bilangan

pelajar yang ramai dan guru yang mengajar itu tidak dapat memberikan perhatian dengan

sepenuhnya kepada seseorang pelajar itu.

Faktor yang kedua ialah, suasana pembelajaran. Suasana pembelajaran antara tuisyen berkelompok dan tuisyen berseorangan amatlah berbeza sekali. Bagi tuisyen secara berseorangan, suasananya sungguh tenang dan kurang tekanan dan membolehkan pelajar itu focus dengan baik. Manakala tuisyen secara berkelompok, suasananya agak bising dan mempunyai pelbagai tekanan, justeru membuatkan pelajar itu tidak dapat untuk fokus semasa proses pembelajaran berlaku.

Namun masalahnya ialah, kos tanggungan bagi tuisyen secara berseorangan agak mahal berbanding dengan tuisyen secara berkelompok. Tetapi hasilnya berbeza sekali, jadi kita sebagai pelajar harus berbincang bersama keluarga kita yang mana satu kaedah tuisyen yang mampu dengan keluarga kita.

Kita sebagai pelajar juga, harus bersyukur sekiranya kita dihantar ke pusat-pusat tuisyen. Gunakan dengan sebaik mungkin, janganlah kita sekadar pergi bersuka ria untuk berjumpa dengan kawan-kawan. Selain itu, kita sebagai pelajar juga cuba tanamkan sifat suka bertanya kepada guru tuisyen anda. Ia kerana sifat suka bertanya adalah kunci kejayaan.

Dengan ini, dapat saya berkongsi pengalaman-pengalaman saya dalam pembelajaran di tempat tuisyen ini. Saya barharap ini dapat serba sedikit membantu para pelajar semua dalam memilih kategori tuisyen masing-masing. Ingat, Di dunia ini tidak ada kata 'gagal',yang ada hanyalah pintu kejayaan yang tertunda.

The End.

1 comment: